Monday, November 23, 2009

FONDANT CHOC

Lihat lah kek chocolate fondant kak ita hari ni ada riben
dan ada hiasan di tepi nya tu.
Teknik baru belajar .. untuk buat dot dot tu..

Sebenarnya teknik yang kak belajar ini adalah menggunakan
dua doh yang berbeza. Untuk cover kek kita guna Choc Fondant
(bancuh sendiri) bukan readymade dan untuk modeling kita guna
Modeling Choc (bancuh sendiri) juga.




Di atas ni kira rajin lah pulak.. kak ita buat bunga ros kecil2
untuk hias atas cupcake



Jamu mata.. sedap di mata.. di tekak pun sedap




Mengiurkan.... cute kan riben tu


Saturday, November 14, 2009

KELAS ASAS PENGHASILAN COKLAT 14 NOV 2009

Kelas hari ni dihadiri oleh 3 orang peserta. Kelas bermula dan berakhir
dengan teratur sekali... semua peserta tekun pelajari module penghasilan coklat.

Ada lebih kurang 45 hari untuk sampai ke tahun 2010... sesiapa yang berminat
dengan module penghasilan coklat sila daftar segera...

Tahun 2010 Itas Delight akan menukar module penghasilan coklat dengan
mempelajari cara-cara membuat Stained Glass Cookies dengan hiasan
fondant .... Module untuk pelajari Coklat Ball dan Biskut coklat mansuhkan.
Sila daftar sekarang ..... minimum peserta adalah 2 orang...

Ini dia module baru.....








Hari ni tak ramai peserta dan kak ita pun sama-sama menghias biskut ni


Hiasan Coklat ball dan biskut coklat


Lagi jamu mata...


Lagi lagi jamu mata dan selera... sedap biskut coklat ni
dulu kak ita pernah jual tapi modal agak tinggi .. jadi nya telah di gugurkan
dari senarai jualan...


Ini kreativiti peserta... boleh di jadikan hiasan biskut dan juga
cara yang sama untuk di hias atas cupcake ..



Lagi cuci mata..


Cantik2 dan cute hasilan peserta hari ni.. simple dan menarik


Ini pun menarik .... jangan lepaskan peluang belajar disini


Hasilan coklat lagi..

Hasilan coklat yang sedap ni.....


Ini dia peserta yang agak kreatif dengan gubahan bungan sebab...
Fazilah ni mengubah hantaran... sesiapa berminat cari kak ita ya


Masing masing tunjuk kreativiti menghias biskut untuk cendrahati
menggunakan fondant (siap guna)... masing2 tak sabar nak belajar cara
membancuh sendiri fondant dan juga gumpaste pada kelas akan datang


Ini bahagian yang ditunggu oleh peserta kerana bermain dengan
pelbagai warna coklat compound untuk menghias coklat ball dan juga biskut coklat



Fazilah memilih letak inti buah2an campuran didalam coklat berbentuk
nenas dan di perhatikan oleh Anida dari puncak alam


Mas dari klang sedang test coklat ... kali kedua.. sebabnya test pertama
gagal kerana coklat masuk air.
Kekadang ada baiknya berlaku kesilapan didalam kelas kerana peserta
lain akan dapat pengalaman apa perlu di buat sekiranya test tidak berjaya dan
langkah seterusnya patut di buat.

Kelas bermula jam 10 am... peserta mula membuat inti coklat

Saturday, November 7, 2009

KELAS PENGHASILAN COKLAT 7 NOV 2009

Hari ini kelas kak ita di hadiri oleh 6 orang peserta. Seronok benar
semua nya hari ni dapat menghasilkan hasilan kerja yang amat menarik...
dan peserta ini juga telah mendaftar untuk kelas biskut, hiasan cupcake/choc moist dan...
tunggu.... KELAS SECRET RECIPE CHEESE CAKE ... akan datang di ITAS Delight..
promo sikit iklan.... peserta hari ni dapat merasa beberapa jenis kek sebagai hidangan
seperti Cendol Cheese Cake, Black Forest Cheese Cake, Chocolate Banana Layer Cheese Cake,
etc... jgn lupa lihat di jadual kelas kak ita ...........


Hasilan coklat



Hasilan coklat


Ini dia peserta yang berposing dengan hasil karya beliau
pada hari ini


Hasilan Biskut berhias fondan dan royal icing


Hasilan biskut berhias fondan dan royal icing




DI ATAS ADALAH HASILAN KERJA PESERTA
KELAS HARI NI MERIAH KERANA SEMUANYA RAMAH TAMAH
DAN CERIA DARI JAM 10.00AM HINGGA JANM 4.00PM




Peserta sedang menunjukkan bakat masing0-masing menghias
biskut badam dengan fondant dan royal icing




Dua dara rakan sepejabat... asyik juga menghias


Lagi aksi menghias chocolat ball dan biskut pistachios coklat


Projek kedua didalam kelas, peserta sedang menghias coklat ball
dan juga biskut coklat pistachios dengan coklat compound.

Arabiah, dah boleh senyum sekarang setelah berjaya kali ke 2,
kerana coklat beliau ada masalah, kali pertama disebabkan tidak
perasan mangkuk coklat telah mencecah air panas tanda disedari.



Telah berjaya dalam test coklat coklat mereka dan sekarang
tiba masa untuk memasukkan coklat tersebut didalam acuan.



Hari ni kelas di hadiri oleh Enam Peserta semua dari Lembah Klang
Peserta sedang mencair kan coklat masing masing dengan penuh hati hati


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Bands. Powered by Blogger